Islam telah
melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan
teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah
diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang
gemilang di sana.
Bangsa Barat
khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah
mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain
wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati
ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak,
kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna,
Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi
Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia
Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan