Dr Maza - Tangan Mencatat di Bumi

 Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan. Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya. 



Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya. Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena. Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

 Firman Allah:
(maksudnya) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada
hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! 


 Peranan lidah dan pena adalah sama; iaitu menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan. Mesej yang disampaikan itu – sepatutnya- menggambarkan apa yang tersimpan dalam benak perasaan atau pemikiran seseorang penyampai.

 Jika dia menyampai sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.

Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Instagram